Friday, March 11, 2011

Hayatilah

Balik-balik daripada kolej dah terasa nak memblog pulak. haha :p .Anyway, ini merupakan post yg aku share je. Nanti klu ada masa, aku akan tulis sendiri. (tupun klu x sbuk mencuba buat kerja rumah) hehehe..


Saya Nak Bunuh Diri


Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti. Tak mampu untuk  berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada  apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur. Musnah. Segala kepercayaan  dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan  yang selama ini amat dicintainya.

Kalau dulu dia mendengar  cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah, dia masih tidak mahu  mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang  betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu. Ah, dia tak  sanggup untuk membayangkannya lagi. Dengan langkah longlai dan dada  yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.

[I]"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya  diperlakukan begini oleh lelaki, ini dah masuk kali keempat."[/I]

Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.

[I]"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya  adalah sesekali, yang lain tu, kira burn je la. Saya ni pulak jenis  yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak. Apatah lagi kalau  dengan orang yang saya cintai."[/I]

Aku mengangguk-nganguk.

[I]"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje? Nama aje lain."[/I]

Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk  berkata-kata. Aku menerangkan dengan [I]detail[/I] padanya tentang apa yang  dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum  bahawa prisip asas [I]Law of Attraction[/I] adalah [B]anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda  berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau  pun negatif.[/B]

Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki  YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada  sikap atau ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.

Dan perbuatannya suka menceritakan, membawa cerita atau memperbesarkan sikap  lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada  perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang  fikirannya menarik kembali ke dalam realiti hidupnya tenaga-tenaga  berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya iaitu lelaki yang ingin  dihindari, kekecewaan dalam percintaanatau ditipu.

Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah  dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari  (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai  Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang  membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan  kebenaran hakikat ini." (An Nisa', 4: 79)

Hadis Qudsi:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu." (Riwayat Muslim)

Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah  bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan  fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.

Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan [I]detail[/I] dan lengkap.

[I]PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU:[/I]
[I]1. TINGGI: LEBIH DARI 1.55M[/I]
[I]2. BERAT: 65KG, SIHAT ZAHIR BATIN[/I]
[I]3. WAJAH: KACAK, HANDSOME, MANIS[/I]
[I]4. SIKAP: BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORANG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN[/I]
[I]5. KARIER: KERJA OFFICE HOUR[/I]
[I]6. USIA: LEBIH TUA 33-44THN[/I]
[I]7. HUBUNGAN: AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI, DIA JUGA MENYAYANGI AKU SEPENUH HATI, AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. DIA JUGA MENERIMA KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.[/I]
[I]8. KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI[/I]
[I]9. PERHUBUNGAN: KEKAL KE AKHIRAT[/I]

Ketika ciri yang ketiga dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata pada ku, [I]"Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan  bertanggungjawab."[/I]

Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan  dirinya sendiri. Dia menjawab, [I]"Tentulah yang handsome! Tapi rasa macam  malulah nak mohon macam tu pada Allah."[/I]

Aku bertanya semula, [I]"Nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi  setiap hari mohon dimasukkan ke dalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan  dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi  yang itu kamu tak ada rasa malu pun? Kenapa nak mohon perkara kecil  macam tu kamu rasa malu? Dan kita kena faham, pPemberian Allah tu Maha  Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri  kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu warak, baik  dan bertanggungjawab. Kamu kena percaya dan fikir begitu."[/I]

Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk.

Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat  sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu di dalam  solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai  itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku  ingin dia sentiasa husnuzzon (bersangka baik) bahawa dia telah bermohon pada Allah,  Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'diterima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen  dan bersedia menerima ([I]receiving steps[/I]) juga telah ku bincangkan  dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.

Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni,  aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Hampir dua bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni.

[I]"Assalamualaikum, busy ke bro?"[/I]
[I]"Wa'alaikumussalam. Tak busy pun. Ayuni, lama tak dengar khabar? Macamana sekarang?"[/I]
[I]"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit."[/I]
[I]"Oh, apa halnya, sharelah."[/I]
[I]"Macam ni. Step yang bro ajar tu power betulla. Sekarang ni ada tiga orang lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni. Tiga-tiganya ada ciri-ciri yang hampir sama je dgn apa yang Yuni tulis tu."[/I]
[I]"Tiga orang? Ha, bagusla tu. So, what's the problem?"[/I]
[I]"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga-tiga hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih."[/I]

Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan  istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku  menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku.

Syukur, Alhamdulillah. Semoga dia berbahagia hingga ke akhirat. Allah Maha Menyayangi sekalian hamba-Nya.

Jodoh, ajal dan kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Menurut Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW:
"Tiada  suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa." (Hadis sahih  riwayat  Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh  al-Zahabi)

Wallahua'lam

[LINK=/undefined/]Artikel iLuvislam.com[/LINK]

Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk