Tuesday, April 3, 2012

Hanya Dia yang Layak Untukmu

Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabakatuh,
Hye! Hello! 
Apa khabar iman masing-masing?
InsyaAllah, masih dalam keadaan cuba meningkat bukan? 
Alhamdulillah..  ^.^


          
         Alhamdulillah, dapat pun curi masa sedikit untuk mengemaskini habuk-habuk yang bersawang kat laman ana ni. Minta maaf kalau ada yang menunggu untuk ana update blog ana yang tak seberapa ni. Bukannya apa, ana bukannya nak beralasan, tetapi ana sekarang sibuk dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran ana. Yelah, nak sambung pelajaran kan..banyak benda nak kena buat.. (Macam PM ja nak sibuk-sibuk ni..haha)


       InsyaAllah, ana akan meluangkan sedikit masa untuk memberi ruang kepada kita semua untuk memuhasabah diri masing-masing dan seterusnya memperbaiki diri sendiri ke arah kebaikan, insyaAllah. Perlu dimaklumkan di sini, ana bukanlah ustaz, alim ulama', mahupun orang yang betul-betul faqih dalam ilmu agama. Ana cuma seorang pelajar sekolah agama yang masih lagi merangkak-rangkak dalam usaha untuk menyumbangkan sedikit tenaga dan cetusan idea untuk agama Islam. InsyaAllah, ana akan kongsikan sedikit ilmu yang ana ada sebagai orang yang pernah mendapat sedikit kemanisan biah solehah dan ilmu Islam.


       Jadi, terus kepada titik..haha..(seronok pula terjemah sejibik-sejibik daripada English).. Ok, antum/antunna yang ana amat hormati, berbalik kepada tajuk yang antum/antunna lihat kat atas tu *haa, jangan kata tak nampak.. Haa, nampak cam soal cintan-cintun kan yang ana nak ketengahkan?


Aik? Betui ka hang ni Amir? Dok tak dok nak ceghita pasai cinta-cinta ni..Haaa, ni mesti baru habih episod cinta baru-baru ni kan..Takyah dok muhong laa, aku dapat bau..haha
(Terjemahan > Aik? Betul ke kau ni Amir? Tiba-tiba je nak cite sal cinta-cinta ni...Haa, ni mesti baru je habis episod cinta baru-baru ni kan.. Takyah nak bohong lah, aku dapat bau..haha)


        Ini merupakan soalan yang bakal ditanya kalau ana tiba-tiba start post yang sekian lama tidak diupdate ni..ana pun dah dapat agak dah soalan-soalan ni yang bakal terilham dalam fikiran antum/antunna.. haha.. Let me clear this out, tidak semestinya setiap perkara yang ana tulis dalam ni berkaitan dengan ana dan begitu juga sebaliknya. Ana tidak mengiyakan tetapi ana juga tidak menafikan..boleh faham kan? Alhamdulillah :)


      Post ni khususnya kepada golongan remaja di luar sana, khususnya pelajar lepasan SPM macam ana ni yang baru nak bertatih dalam dunia dewasa dan menuju alam pernikahan (Haih, selalu sangat keluar topik-topik pasal kahwin awal kan? HAA, ni nak habaq mai)  hampa/antum/antunna kan suka benda-benda macam ni..haa, takyah nak nafikan lah..kalau kat facebook tu, status-status pasal cinta-cinta ni lah yang dapat banyak 'like' atau 'share' daripada status-status yang berilmiah nie kan? haha :)


      So, apakah yang ana cuba sampaikan ni sebenarnya?


     Simple jelah, CINTA ALLAH.


         Pengenalan kepada cinta atau love itu tak perlulah ana huraikan secara terperinci di sini. Korang/hampa/antum/antunna boleh membaca di laman-laman blog, majalah-majalah islamik dan seumpamanya yang lebih arif tentang definisi cinta itu sendiri dan huraiannya. So, cukuplah sekadar ana point out yang cinta itu adalah fitrah.

Fitrah?

      Yelaa, fitrah. Secara semulajadi dah tersemat dalam hati setiap makhluk sejak azali lagi. Teramatlah pelik kalau seseorang itu tidak merasakan langsung perasaan cinta dalam dirinya sepanjang hidupnya walaupun hanya sekali. Setuju kan? Ke ada yang tak setuju? Alhamdulillah kalau ramai yang setuju. :) Namun begitu, terserah kepada pemahaman kita sendiri untuk mentafsir dan menterjemah cinta itu dan melakukan sesuatu tentangnya.

       Cinta itu sendiri telah dihuraikan dalam love letter from Allah iaitu Al-Quranul Karim, dalam surah At-Taubah, ayat 21-24. (Baca terjemahan ayat-ayat tersebut beserta huraiannya). Secara amnya, terbahagi kepada tiga :

1.  CINTA AGUNG >>   Iaitu cinta kepada Allah Ta'ala dan Rasulullah S.A.W melebihi segala-galanya di dunia dan sanggup berjihad untuk mempertahankan cinta tersebut.

2.  CINTA PERTENGAHAN >> Iaitu cinta kepada ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, harta, tempat tinggal dan perdagangan/perniagaan.

3.  CINTA RENDAH >>  Iaitu cinta kepada sahabat-sahabat, harta, pangkat, rupa dan kedudukan melebihi cinta kepada Allah Ta'ala dan Rasulullah S.A.W 

        Eh? Perasan something tak? Mana perginya cinta kepada boyfriend, girlfriend, pakwe, makwe, balak, cikaro, dan seangkatan dengannya? Tak tersenarai ke? Atau memang si blogger hina ni cuba mereka-reka info yang tak betul?

      Sahabat-sahabat, pakcik, makcik.....Percayalah, ana tidak mereka-reka maklumat atau merepek di siang hari, hehehe... Ini adalah cinta yang telah digariskan dan diperkenalkan dalam agama kita, Islam. Sebab itulah, pengarang novel Islamik terkenal, Fatimah Syarha Mohd. Noordin, ada mengatakan, cinta couple ini adalah cinta yang keji kerana tidak diiktiraf dalam Al-Quran, walhal pada asalnya cinta itu adalah sesuatu yang suci, tulus dan bersih.


    Persoalan yang sudah pastinya akan timbul :

         "Kalau macam tu, bagaimanakah untuk mengelak perasaan cinta kepada pasangan ataupun seseorang yang betul-betul kita minat/suka atas dasar sesuatu perkara itu? Apakah perlu kita menepis setiap kali perasaan itu hadir dan menerobos dalam hati kita? Jikalau begitu, pisahkanlah aku daripada dunia ini" (haaa, ni over sikit)..

     Laa, kan ana dah kata tadi.. Cinta itu adalah fitrah. Adalah normal kalau seseorang itu boleh wujud perasaan minat atau suka kepada seseorang itu. Yang abnormalnya, kalau orang tu tak rasa apa-apa langsung. Letaklah seorang bidadari depan dia, kalau dia tak terasa apa-apa tu, haaa SWS laa *something wrong somewhere...hahaha :) Ana juga nak explain, cinta itu boleh wujud tanpa diduga dan dalam apa-apa bentuk wadah pun. Termasuklah walaupun hanya berbalas-balas perasaan suka melalui sms, chat, IM, skype dan sebagainya. (senang kata nak bercinta tak semestinya kena berjumpa dengan org tu.)

Perhatikan kata-kata sahabat ana ini (hebat orangnya, tak boleh dinafikan)  :

    " Cinta kepada manusia tidak terhalang,
      Cinta kepada Allah yang patut kita pandang,
      Jangan pernah kita temberang
      Menghulur cinta sewenang-wenang"

Saya doakan awak mendapat yang lebih baik daripada saya.
    Haha..bukan nak berjiwang yea. Itu sekadar pesanan yang diberikan oleh beliau kepada ana khususnya dan orang lain, amnya. Jadi, berbalik kepada soalan tadi, ana tidak menafikan kadang-kadang perasaan sebegitu pun boleh hadir dalam diri ana sendiri, malah setinggi mana pun seseorang itu belajar dalam ilmu agama, sekuat mana beliau mengekang dirinya daripada terlibat dengan perkara sedemikian, dugaan dan ujian melibatkan perasaan ini tidak pernah luak dalam hidupnya. Ditambah pula dengan kerjasama syaitan dan nafsu, kadang-kadang perkara sebeginilah yang boleh menjadi punca kejatuhan seseorang 'alim itu.

      Tak..ana tak katakan perasaan sedemikian salah wahai sahabat-sahabatku.. Cuma ana sedikit terkilan dengan tindakan sahabat-sahabat kita yang suka mencabar ni.

Huh? Mencabar? Mencabar macam mana pula tu Mer?      

    Haha..Maksud ana, mencabar cinta yang sepenuhnya patut kita beri kepada Allah Ta'ala dan Rasulullah S.A.W . Korang/hampa/antum/antunna pasti sedar akan hakikat bahawa ramai antara kita yang lebih gemar melafazkan kata-kata cinta, bait-bait puitis, madah-madah romantis untuk pasangannya (yg tgh dilamun cinta tulah) namun begitu sedikit yang meluangkan masa untuk membaca ayat-ayat cinta daripada Allah. Padahal, Dialah kekasih yang Maha Mengasihi.

      Haa...ana tak perlu sentuh tentang topik couple, zina dan sewaktu dengannya..Sebab ana rasa dah belambak (belungguk bak kata oghang utagha) pandangan yang diberikan berkaitan isu tersebut. *Believe me, you guys just have to google it..ahahaha.. Tak, tak..ana lebih fokuskan kepada isu hendak menjaga cinta korang/hampa/antum/antunna daripada dicemari dengan perkara-perkara mazmumah (buruk) sehingga cinta itu boleh dianggap kotor dan mendatangkan perkara-perkara negatif.

       Dan langkah manakah yang perlu korang/hampa/antum/antunna utamakan?

      Di sinilah muhasabah mengambil peranannya. Di sinilah hati korang/hampa/antum/antunna perlu bertanya dengan sejujurnya kepada diri sendiri. Di sinilah juga pelbagai persoalan perlu diajukan meskipun jawapannya hanya korang/hampa/antum/antunna sahaja yang tahu.. 

    Soalan apa?

     "Sudah begitu banyakkah cinta yang telah aku tunjukkan kepada Penciptaku hingga aku hendak mencintai hamba-Nya melebihi-Nya? "
      
      "Melebihikah rindu aku kepada Allah Ta'ala dan Rasulullah daripada manusia lain?"

      "Layakkah aku untuk dirinya (si dia), untuk membimbingnya, mengasihinya, menyayanginya, mencintainya, setia padanya sedangkan aku tidak pernah cuba menunjukkan kesetiaanku kepada Tuhannya dan Tuhanku?"

       Pause. Take a deep breath. Muhasabah.

     Biarlah ana bertanya kepada korang/hampa/antum/antunna yang sedang hangat bercinta ni (termasuklah yang konon-kononnya bercinta islamik tu) ...Tak rasa bersalah ka?  Tak hadirkah walau sedikitpun rasa runsing, keliru dan bersalah dalam diri anda kepada Tuhan kita Allah Ta'ala? Anda telah mencuri sedikit nikmat yang Allah telah campakkan kepada pasangan anda untuk mengingati-Nya bukanlah diri anda. Anda telah membuatkan dirinya terbuai dengan asyiknya dunia, indahnya rasa sedangkan anda sendiri ingin bersamanya hingga ke syurga kelak. Forever in Jannah, bukan? Pada pandangan ana, jikalau korang/hampa/antum/antunna betul-betul sayangkan dirinya, lepaskanlah dia dahulu. Biar korang/hampa/antum/antunna  kenal dan betul-betul raih cinta Allah dahulu. (Take note : Ana bukan kata suruh kahwin lambat-lambat yea! hahaha (^.^)
Saya lepaskan awak sebab saya sayangkan awak..biarlah Allah yang
bertakhta di hati awak bukanlah saya.

       
         Hmmm..ana tak nak melebarkan muhasabah ni. Takut-takut nanti ada yang kebosanan membaca.. Cukuplah sekadar pencetus idea, penyentuh hati, dan penggerak paradigma (please...ana bukan Dr. Fadilah Kamsah ataupun Johan, ok?) kepada pembaca-pembaca ana yang ana hormati.  Remember, biarlah anda menjadi penyebab si dia menangis hari ini, jangan anda menjadi penyebab si dia merana di akhirat nanti. Hanya Allah yang layak di hatinya, bukanlah diri anda. :)

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu rasa cenderung dan tenteram kepadanya, dan dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan saying. Sungguh yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
                                                                   (Surah ar-Rum,30:21)


 Sekian daripada hamba yang dhaif ini,
Ana minta maaf jikalau ana ada tersalah bicara mahupun tulisan,
Ilmu ana masih lagi tidak mencukupi dan tidak akan pernah cukup,
Ana open for teguran dan insyaAllah akan memperbaiki diri ana,
Ana harap anda mengambil, walau secebis sahaja, peringatan yg ana beri,
dan ana mohon Allah agar meredai perbuatan ana ini.
Wallahu'alam. 
Wassalamu'alaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
(M.A.H.M.S)
Awak...tidak ada apa-apa yang dapat menjarakkan kita kecuali iman dan taqwa.

Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk