Saturday, May 19, 2012

Dan kau tanya aku, "Kenapa tak sedih?"

Bismillahirrahmanirrahim

Asssalamu'alaikum w.b.t,
'sup y'all ?
So how's your iman?
In shaa Allah moga-moga masih dalam keadaan baik.

     Ana/aku tulis ni buat kesekian kalinya untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman hidup ana/aku sejak belakangan ini. Moga-moga dapat dijadikan pengajaran dan teladan buat semua.
     So, those yang betul-betul mengenali diri ana/aku mesti dah tahu tentang peristiwa terbaru ni. Bukanlah perkara yang besar mana pun. cuma sedikit dugaan yang Allah timpakan untuk menunjukkan kekuasaan-Nya itu.
     Ana/aku merujuk kepada permohonan untuk menyambung pelajaran ke Jordan di bawah penajaan MARA. Malangnya, ana/aku tak dapat pinjaman tersebut dan maksudnya ana/aku tak dapatlah untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Sebenarnya, sejak abang ana/aku dapat melanjutkan pelajaran ke Alexandria, ana/aku dah bercita-cita untuk ke Jordan untuk belajar.
     Alhamdulillah, selepas usaha dengan bersungguh-sungguh dan berbekalkan enthusiasm yang ada tu, ana/aku dapat peroleh keputusan yang agak cemerlang untuk SPM ana/aku. Selepas apply dan pergi ke temuduga MARA bagai, ternyata memang bukan rezeki ana/aku untuk melanjutkan pelajaran di Jordan.

      Don't get me wrong here, ana/aku bukannya nak melepaskan rasa kekecewaan atau tidak puas hati untuk entry kali ni, bukan! Cumanya, ana/aku nak beri statement lah untuk yang bertanya macam ni pada ana/aku :

  " Eh, macam mana hang tak dapat ea? Pelik aku. Result gempak kot. Depa yang dapat tu pun tak result macam hang. Pelik baq hang."

  " Mer, asal aku nampak ko okay je ni walaupun tak dapat pinjaman tuh? Bukan ke memang cita-cita ko nak pegi situ...kalau aku jadi ko, memang frust menonggeng lah aku.."

       Soalan ni kebanyakannya ulang-ulang dan terus diajukan pada ana/aku. Even before pengumuman tu, ramai yang cakap, " Kau akan dapat punya, Amir, In shaa Allah punyalah! "
       Well, this proves a lot that humans are truly not the best planner but Allah is the greatest planner. Wamakaru wamakarallah, wallahu khairu makirin :)  At first, ana/aku akui memanglah rasa kecewa sedikit. Tambah-tambah lagi dengan kuota MARA yang memang nak  sedikitkan jumlah penerima pinjaman pada tahun ni. Tapi, fikir-fikir balik, memang bukan rezeki lah kan untuk ke sana. Siapa kita untuk menentukan kemahuan kita sentiasa dituruti? Percayalah, Allah akan berikan kita apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita hendakkan. Kalau perkara sebegitu dah sebati dalam diri kita, sikit pun kita tak rasa macam kehilangan sesuatu pun sebab for sure Allah akan gantikan dengan something that is much much more better. 


     Sedih? Kalau ana/aku cakap tak sedih langsung, agak-agak cold-hearted tak ana/aku ni? Haha. betul, memang ana/aku tak sedih langsung sebab tak ditawarkan pinjaman ni. Cukuplah ana katakan, Allah sedang menguji ana/aku untuk menunjukkan kasih sayang-Nya kepada ana/aku. Mungkin juga sudah lama ana/aku tidak mengadu kasih ana/aku kepada Sang Pencipta. Betul kan?


      Haa so itu sahajalah coretan ana/aku buat kali ni. Agak pendek daripada sebelum-sebelumnya sebab hanya untuk update sikit-sikit tentang hidup ana/aku sekarang ni. Oh dan tolong doakan agar rayuan MARA yang ana/aku akan buat 1 Jun nanti diterima oleh pihak MARA. Hmm in shaa Allah.


    Haha. Okaylah. Ana nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca entry ana/aku kali ni. Pendek je sebab tak tahu lagi nak tulis ape. Lagipun, ana/aku masih lagi bersyukur sehingga ke hari ini. Sekian sahajalah untuk kali ini.


Setiap yang baik itu datangnya daripada Allah,
dan segala keburukan itu datang daripada diri ana sendiri,
yang hina dan lemah ni,
hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah.

Wallahua'alam. 
Wassalam warahmatullah. ^^ v

Gambar baju nak pi interview MARA tu. hehe.


Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk