Saturday, December 24, 2011

Sindrom ' Normal lah tu! '


Salam ukhwah dan salam perjuangan.
Hehe.Jangan tengok lama-lama sangat salam kt atas tu..
Anyway, apa khabar iman anda?
Sudah berjayakah tingkatkannya?
Alhamdulillah, jika sudah berjaya, kekalkannya dan istiqamahlah.
Jika belum, bermujahadahlah untuk mencapainya kerana pasti ada kemanisannya.

Er, first skali ana nak minta ribuan kemaafan
sebab ambil masa yg lama n update.. SORI!
tp, alhamdulillah ana akan teruskan juga..
Oh and for y'all that have been reading my blog 
would probably say this :

" Mane sambungan cite Lirik Sulaiman dan Twitter Balqis?"
 
Er, itupun kalau ade yg tnye laa..hehe :)
Well, aku bukanlah sengaja nak lambat-lambatkan
cerita tu untuk bikin saspens ke ape, tapi
ada masalah-masalah tertentu dan perlu masa yang lebih
untuk siapkannya..InsyaAllah aku akan tetap habiskannya..
Oleh itu, aku dengan rendah hatinya minta maaf 
kalau-kalau ada yang tertunggu untuk kisah seterusnya.
lagipun, susah gila bak hang nak tulis cerpen a.k.a novel nie..hahaha :p


Oh and for my silent readers yang tidak pernah
mengikuti blog ini,
I bid U welcome (er,salah ea? aahh, Selamat Datang!)
Harap korang dapat muhasabah diri dan mengambil manfaat
daripada apa-apa yang terkandung dalam blog ni..InsyaAllah

Ok, back to the topic, shall we?
Sindrom 'Normallah tu!' atau nama saintifiknya,
realitiorangkitasekarangterhadapsesuatukeadaan-virus.
Panjang gak an..haha..
So, apa sebenarnya sindrom ni?
Apa puncanya?
Apa kesannya?
More importantly, mcm mana nak mengatasinya?

 Daripada Saidina Ali Bin Abi Thalib, sabda Rasulullah s.a.w, junjungan tercinta kita,

" Sudah hampir sampai masanya di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali namanya dan tidak tinggal lagi Al-Quran itu kecuali tulisannya (mushaf). Masjid mereka tersergam indah tetapi ianya kosong daripada hidayah. Ulama'-ulaa' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali."
Direkod oleh Al-Baihaqi
Baca dan faham bukan sekadar lihat dan sebut

 
Sahabat-sahabat yang ana/aku kasihi kerana Allah,
Penyakit ni dah lama menjangkiti masyarakat kita,
Dah merebak malah makin melarat.
Tell me,
pernah atau tidak antum/korang dengar ayat sebegini :

" Eleh, dia tu alim. Bolehlah dia buat keluar firman-firman and hadis-hadis semua.Dia tu suci,innocent, mesti tak pernah buat dosa langsung.Dia boleh laa pakai jubah cecah tanah, serban sepuluh kali lilit, tutup aurat suma. Dia kan belajar agama lagi tinggi daripada aku. NORMAL LAH TU! "

ataupun yang ni

" Budak-budak sekarang memang susah nak kawal. Sepatah cakap, seratus patah dia balas balik. Tulah pasal gejala -gejala sosial ni susah nak bendung.Lebih-lebih lagi tu haa...kapel-couple..Sampai adik-adik sekolah rendah pun dah terikut dengan abang-abang dan kakak-kakak mereka. Tapi ni kan zaman moden,
kira NORMAL LAH TU kan? "

haih, nak aku teruskan lagi?

" Dia tu kan artis. Memanglah dalam filem dia tutup aurat, sebab pengarah suruh. Lagipun, dia kan nak melakonkan watak soleh/solehah untuk beri pengajaran kepada penonton. So, kalau kat realiti dia pakai seksi-seksi, dedah siti situ sana sini, nampakkan yang tak patut nampak, NORMAL LAH TU! Lagipun, tak boleh salah dia gak, kadang-kadang fashion designer dia yang suruh dia pakai camtu. Kalau tak, tak glamour lah dia nanti, kan? "

ni satu lagi

" Dia tu kan tak dapat didikan agama yang baik. Belajar Al-Quran pun maybe sikit-sikit ja.Lagipun, kena consider juga persekitaran dia. Pengaruh sekolah, rakan-rakan sebaya, ibu bapa, keluarga dia. Dia tak lahir dalam didikan agama yang cukup, tu sebab dia jadi camtu. Buat apa aku nak dakwah dia, nanti hidayah Allah akan datang juga. So, buat masa ni, NORMAL LAH TU untuk dia buat sesuka hati dia. "

Waah~ mesti ada yang pernah dengar, kan?
Takpun, ada yang terasa hati, tertusuk kalbu?
Haha..kalau ada, tak mengapa, itulah tujuan topik kali ni.
Oh, aku ada soalan laa untuk golongan yang 
mengeluarkan kalam-kalam sumbang macam ni,
 APA YANG NORMAL?

Kalaulah normal yang dikatakan itu ialah
satu kebiasaan yang dilakukan orang pada sesuatu zaman
ataupun
pengamalan atau peniruan budaya oleh kaum lain
supaya dapat kedudukan sosial dalam masyarakat
ataupun
kata yang kita hamburkan hanya sebagai
satu cara untuk kita larikan diri daripada
membuat apa-apa tindakan,
ni memang aku betul-betul tak setuju.

Tak, ana/aku bukanlah nak salahkan
antum/korang atau sesiapapun kalau berpandangan begini
itu ialah hak masing-masing. 
tapi cuba kalau kita renungkan jap.
orang yang ckp cmni klu dia setakat menuturkan kata,
kalau sampai berbuih mulut pun,
takkan mengubah apa-apapun kalau takde tindakan.

So, for u guys who might cakap cmtu,
or thought of it for even a second,
aku serulaa supaya kita ubah sikit pandangan kita tu.
I mean, ubah supaya kita menganggap perkara
ini sebagai medium dan dugaan daripada Allah
untuk kita berdakwah dan meningkatkan ketaqwaan kita.


I know, ramai antara kita yg mungkin akan kata
perkara-perkara sebegini dah selalu sangat terjadi zaman ni,
sampai kita tak boleh menolak hakikat benda tu 
NORMAL dan tak boleh nak elak hakikat tersebut.


Tidak mengapa kalau antum/korang prihatin
terhadap masalah-masalah yang membabitkan agama.
Malah, ana tabik spring kt antum sume..
Tp, jangan lafaz di mulut sahaja
tapi lakukanlah sesuatu, ok?


" A sinner does not mean he did not do good in the past, and a pious man does not mean he did not do bad things in the past. "

 Sekian sahaja drpd hamba yang dha'if
Ini hanyalah pandangan hati
Sekian, wassalam.

Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk

Wednesday, December 21, 2011

Lirik Sulaiman dan Twitter Balqis

PART I(1)

KORUS SULAIMAN

     Kolej Sultan Sulaiman. Di situlah terungkapnya sebuah kenangan. Di situlah bermulanya segenggam perjuangan. Meskipun tempat yang lebih dikenali sebagai bumi waqafan dalam kalangan penghuninya ini diberi jolokan nama "kolej" , namun bukanlah bermakna institusinya berteraskan pendidikan seperti sebuah kolej. Madrasah ini seperti sekolah menengah agama biasa, cumanya ia lebih disegani daripada sekolah-sekolah agama yang lain. Bukanlah bermaksud status itu dijadikan modal untuk kolej itu bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk dengan kehebatannya. Jauh sama sekali! Di samping pencapaian akademik yang agak memberangsangkan dalam kalangan pelajarnya, kolej ini dihormati kerana produknya yang melahirkan individu berakhlak mulia dan luas ilmu pengetahuannya.

      Dan jelasnya, bangunan itu tetap setia kukuh berdiri.Menanti kehadiran penghuninya untuk menghiasi suasana yang sudah lama berdiam sepi dek cuti pertengahan tahun yang sudah lama berlalu. Ramai pelajar kelihatan berbondong-bondong masuk ke dalam kawasan asrama. Ada yang datang bersama-sama dengan keluarga, tidak kurang juga yang datang bersendirian, kemungkinan bertolak daripada kampung dengan menaiki KTM ataupun bas. Kawasan asrama lelaki diasingkan dengan asrama perempuan sebagai mematuhi peraturan sekolah.

" Kau dah lama sampai ke, Suf? " tanya Umar sejurus selepas dia terlihat susuk tubuh berbadan sasa yang cukup dikenalinya menuju ke arah bangku di sebelah Musolla Saidina Abu Bakar, tempat dia melabuhkan punggungnya.

" Hmm..Dah lama dah. Sejak pagi tadi lagi. Cumanya, aku outing ke bandar, beli beberapa barang jap. Baru tadi je sampai.Kau sihat, Umar? " soal Yusuf kepada rafik karibnya itu, menandakan sikap keprihatinan dia. Waktu kala itu menunjukkan pukul 6.30 petang.

" Alhamdulillah. Allah masih lagi pinjamkan jasad ni kat aku dan Dia masih lagi kurniakan kesihatan tubuh badan untuk beribadah kepada-Nya. Eh, Suf, kau dengar tak cite pasal kes pelajar Melayu yang kahwin dengan kaum sejenis kat luar negara tu? "

" Haa, aku ada dengar gak pasal tu. Nauzubillahi min zalik. Aku pun terkejut gak masa aku dapat tahu pasal berita tu. Haih, ape nak jadilah dengan umat Islam sekarang ni? Sepatutnya kita ambil iktibar daripada peristiwa Kaum Lut yang diterbalikkan bumi disebabkan perbuatan jijik mereka tu. Haih, tak tahulah.."


" Sabar, Suf. Kita sepatutnya bersyukur sebab Allah masih lagi beri peluang untuk kita membetulkan diri kita dahulu dan bertaubat selagimana hari kiamat tidak berlaku. Rahmat dan ampunan Allah itu Maha Luas dan tugas kita sebenarnya untuk mendidik dan menyebarkan agama Islam yang benar kepada orang kat luar tu. "


" Aku setuju dengan kau Umar. Sebahagian besar daripada kita ni selalu menganggap bahawa apabila seseorang itu dah buat dosa atau maksiat, tidak kiralah sekali atau beberapa kali, Allah tidak akan mengampunkan dosa dan menerima taubatnya. Malah, yang lebih teruk lagi, ada sebahagian daripada masyarakat kita yang melaknat dan menyisih golongan ini. Kalau berterusan begini, masalah keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial bukan lagi menurun, tapi melonjak naik. Sepatutnya kita menolong dan berdakwah kepada mereka dengan cara yang betul dan mengajak mereka untuk bertaubat kepada Allah.InsyaAllah, Allah akan menerima taubat mereka selagi mereka mahu berubah ke arah kebaikan dan tidak mengulanginya. "


" Betul tu, Yusuf. Eh, tu bukan ke Sulaiman? Jom kita tolong sahabat kita tu, " 


      Mereka berdua terpandang sebuah kereta Innova berwarna biru yang baru sahaja menapak ke kawasan asrama. Sejurus selepas kereta itu berhenti di hadapan blok bangunan berwarna hijau, mereka berdua pun segera menyambut kedatangan seorang sahabat mereka yang mereka cukup hormati, Sulaiman. Sulaiman tersenyum mesra dengan pertolongan yang diberikan oleh Yusuf dan Umar. Mereka berdua tidak keberatan untuk menolong dia kerana sudah menjadi amalan yang lazim dan mulia untuk pelajar-pelajar di situ menolong antara satu sama lain.


     Tangan jam bergerak sempurna. Seperti aturan yang begitu cantik susunannya, benarlah Allah itu Maha Adil dalam segala urusan-Nya. Maghrib dilaksanakan secara berjemaah di Musolla Saidina Abu Bakar dan sekarang tibalah masa untuk pengisian rohani untuk para pelajar. Kebiasaannya tazkirah oleh muzakkir menjadi agenda utama dalam santapan rohani ini di samping usrah, qasidah dan bacaan surah Yasin mahupun surah Al-Kahfi. 


Dan di saat malam yang penuh syahdu itu, bertemankan sinar rembulan yang memperlihatkan keindahan ciptaan Allah 'Azza wa Jalla, sahabat-sahabat muslimin begitu beruntung kerana pemimpin mereka yang begitu mereka hormati sebagai ketua pelajar sekolah itu, yang begitu terkenal dengan sikap tawadhu' dan hebat hujahnya akan memberi sedikit peringatan kepada mereka.

" Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran kita rafa'kan kepada Rabbul Jalal kerana hanya dengan limpah kurnia-Nya serta inayah-Nya, kita selesai menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya dan dapat menunaikannya secara berjemaah iaitu solat fardu Maghrib. Dan kita harus bersyukur juga kerana Allah menghadirkan hidayah kepada hati-hati kita untuk berada dalam salah satu taman-taman syurga di dunia iaitu majlis ilmu ini yang InsyaAllah, dinaungi oleh malaikat dan berada dalam pemerhatian Allah subhanahu wa ta'aala."

" Seterusnya, selawat serta salam ke atas junjungan agung, kekasih Allah dan kekasih umat Islam sekalian, Nabi Muhammad (s.a.w). Berkat perjuangan baginda dan titik peluh baginda, hingga dikhabarkan bahawa ketika baginda berdakwah di Thaif, berkocak darah dalam capal baginda disebabkan dicerca dan dibaling batu oleh penduduk di situ. Namun begitu, Rasulullah tetap bersabar malah mendo'akan keampunan daripada Allah ke atas penduduk Thaif kerana kejahilan mereka. Sesungguhnya, agama Islam itu adalah benar dan InsyaAllah, kita hadir pada hari ini dalam keadaan seorang Muslim dan seorang Mu'min. "

" Firman Allah Ta'ala dalam kitabnya yang mulia, surah An-Nisa', ayat ke 17.Mafhumnya : Sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya sesuai bagi mereka yang melakukan kejahatan kerana tidak mengerti, kemudian segera bertaubat. Taubat mereka itulah yang diterima Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Sahabat-sahabat sekalian yang ana kasihi, kita seharusnya......... "

       Begitu lunak dan lembut lidah Sulaiman berbicara dan berdakwah kepada rakan-rakannya sehingga hati mereka terasa begitu hina di depan Tuhan mereka. Peringatan daripada pemimpin mereka itu menyedarkan mereka bahawa hidup dan mati mereka hanyalah untuk Allah, segala-gala yang berada di dunia ini hanya bersifat sementara dan tidak mungkin dapat menandingi nikmat di syurga yang kekal abadi kelak.

      Sulaiman memang seorang pemuda yang disegani dalam kalangan sahabat-sahabatnya dan juga guru-guru di kolej itu. Peribadinya yang begitu indah mengagumkan setiap orang yang mengenalinya. Setiap gerak-gerinya begitu sopan dan lembut namun tatkala diminta berforum ataupun berhujah, tegasnya bukan kepalang dan idea-ideanya begitu bernas. Sopan-santunnya kadang-kadang menyebabkan muslimat pun terasa malu dan sifat kepimpinannya mengakibatkan muslimin menjadikannya sebagai role model mereka.

      Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar di kolej itu senang dan suka bergaul dengan dia kerana dia selalu bersifat prihatin dan tawadhu' terhadap mereka. Meskipun diberi taklifan sebagai ketua pelajar, itu bukanlah alasannya untuk turut sama melakukan kesalahan disiplin dan melepaskan tanggungjwabnya. Dia sedar bahawa apabila sudah bergelar pemimpin, seolah-olah kaki kanannya berada di syurga dan kaki kirinya berada di neraka.Tatkala dia diam, dia berfikir. Apabila dia berkata-kata, dia berzikir dan semua yang mendengar pasti diam dan setia mendengar.

     Sulaiman bukan sahaja hebat dalam kepimpinannya, malah dia merupakan seorang pelajar yang cerdik dan aktif dalam kokurikulum. Dia mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-bari ini dan merupakan pelajar harapan sekolah untuk SPM tahun itu. Sulaiman juga merupakan solo bagi kumpulan nasyid sekolahnya. Kelunakan suaranya memang sukar ditandingi, ditambah pula dengan rupa parasnya yang handsome membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar dia nyanyi mampu luluh hati dan hanyut dalam alunan merdu suaranya.

     Begitulah Sulaiman. Permata kolej itu. Semua orang di sekililingnya menyayangi dia malah menggelarkannya sebagai "malaikat". Bukanlah untuk mengagung-agungkannya tetapi sebagai tanda keperibadiannya yang begitu suci dan tulus terhadap orang lain. Kenangan berputar kembali saat terjadinya masalah dalam kalangan pelajar itu sendiri. Satu pihak tidak puas hati dengan pihak yang satu lagi.Hang tuduh aku, aku tuduh hang. Tatkala itu, masih bergetar hati mengimbau kata-kata yang diucapkan oleh Sulaiman.

" Pergaduhan tidak membawa penyelesaian apa-apa, sahabatku. Apa yang antum rasa kalau Rasulullah berada bersama dengan kita sekarang ini? Pasti baginda menangis melihat antum bertelagah sedangkan antumlah yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang Islam yang lain, yang mungkin tidak mendapat pendidikan agama seumpama antum. Rasulullah menggalakkan perdamaian dan menganjurkan supaya kita saling bermaafan dan saling menolong. "

" Antum mahu ke buat Rasulullah kita menangis sedangkan baginda yang tidak pernah kenal antum pun masih mengambil berat tentang antum, umatnya tatkala dia berada di hujung nyawanya? Saat baginda berkata ummati, ummati, ummati,..antum tidak berasa bersalahkah kerana melukakan hati baginda dengan perbuatan antum ini? Sedarlah sahabat-sahabatku, bermaaf-maaflah.Sekiranya masih lagi wujud kuman ketidakpuasan hati, kita selesaikan cara baik. Jangan kita pecah-belahkan jemaah hanya untuk kepentingan diri sendiri. Harap antum semua sedar dan lekas-lekas bertaubat. "

        Jeda. Semua yang ada ketika itu menitiskan air mata saat tegasnya suara Sulaiman mengingatkan mereka tentang kesalahan perbuatan mereka. Mereka terus meminta maaf antara satu sama lain dan mengakui kesalahan sendiri. Alhamdulillah, tegaknya sebuah persaudaraan itu berdasarkan paksi kepercayaan dan perkara ini tidak mungkin akan terjadi jika virus dengki meracuni dan meretakkan persahabatan yang terbina utuh selama ini.Dan Sulaiman berada di situ.Ya, seorang pemuda berjiwa waja dan kukuh jati dirinya itu telah memberi inspirasi kepada sahabat-sahabatnya untuk selalu mengamalkan akhlak mahmudah dan mendekatkan diri kepada Allah.

         Pemuda yang sama itu jugalah yang akan berhadapan dengan dugaan yang dahsyat sebagai ujian daripada Allah untuk menguji keimanannya. Allah itu Maha Bijaksana, siapa sangka dugaan yang hebat itu boleh datang tanpa diundang. Malah khabarnya hanya melalui sebuah panggilan telefon ketika Sulaiman sedang berbicara dengan ibunya. Seluruh alam menjadi saksi akan keindahan aturan Allah dan kebijaksanaan perancangan-Nya.

" Apa? Ibu nak jodohkan Sulaiman dengan anak kawan abah selepas SPM ni? " 

Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk

Monday, December 19, 2011

A quick one..

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.




Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, 
dua yang tiada tiganya, 
tiga yang tiada empatnya, 
empat yang tiada limanya, 
lima yang tiada enamnya, 
enam yang tiada tujuhnya,
 tujuh yang tiada delapannya, 
delapan yang tiada sembilannya, 
sembilan yang tiada sepuluhnya, 
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, 
sebelas yang tiada dua belasnya, 
dua belas yang tiada tiga belasnya, 
tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! 
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? 
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, 
siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, 
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! 
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, 
setiap ranting mempunyai 30 daun, 
setiap daun mempunyai 5 buah, 
3 di bawah naungan 
dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 
‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Wallahu’alam….


Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk