Monday, January 16, 2012

Lirik Sulaiman dan Twitter Balqis

              PART I (2)

Tweet Seorang Balqis

     Papan kekunci ligat ditekan. Sesekali rambutnya yang ikal mayang bak Maya Karin itu diseka untuk membenarkan pandangannya tertumpu ke arah laptop MacBook Air kesayangannya. Badannya yang mula lenguh ditukar posisi di atas katil empuknya agar dapat memberikan keselesaan yang dia kehendaki.

 Sehari ja lagi (^_^)v #SchoolIsApproaching

       Enter.  

       Balqis mematikan laptopnya dan meletakkannya kembali di atas meja. Lampu pendarfluor biliknya ditutup. Bertemankan simfoni angin yang merdu pada malam itu Balqis tidur dan melayan perasaannya yang sedang berbunga.Kembangnya bunga itu menantikan indahnya hari esok.
_______________________________________________________________

      Sebuah kereta bermata belalang jenama Mercedes Benz menapak di hadapan pagar sekolah. Mulut kereta dibuka dan seorang gadis melangkah keluar. Dia mengucapkan terima kasih kepada pemandunya dan terus berjalan menuju ke kelasnya. Setiap kali Balqis melalui kawasan yang ramai pelajarnya, pasti ada sahaja mata yang melihatnya. Dan kebanyakannya mata harimau yang seolah-olah sedang lapar menunggu daging untuk dilahap. 

      "Ahh..lelaki. Semuanya tak boleh harap." getus hati Balqis.

       Dia sudah muak dengan makhluk yang bernama lelaki. Bukanlah dia bersikap tidak adil atau taksub dengan jantinanya sendiri. Lebih-lebih lagi bukan seperti yang diperkatakan orang tentangnya, sombong! Tidak, dia sudah masak dengan perangai lelaki dan mengambil langkah berjaga-jaga.

     Namun begitu, tidak dapat dinafikan, sesiapa sahaja yang terlihat Balqis pasti akan terpukau. Keayuannya mengalahkan mana-mana gadis kampung mahupun gadis bandar. Gadis kacukan Caucasian-Asian itu memiliki wajah bak bidadari dan senyuman yang boleh membuatkan bulan cemburu. Seperti novel-novel yang sering menonjolkan watak heroinnya dengan begitu cantik dan anggun, Balqis telah merealisasikan watak-watak sebegini. 

     Di sebalik anggunnya wajah empunya Balqis itu, hujahnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Seorang pendebat dan pemidato sekolah, wajarlah idea dan akalnya tajam. Kata-katanya sahaja mampu membuatkan seluruh penonton terkesima malah tiada siapa yang mendengarnya berkata-kata, tidak akan pulang dengan hati yang terkesan. Dia seorang yang berpendirian dan selalu ingin menang dalam apa jua perkara.

    Meskipun begitu, Balqis terkenal dengan sikap dinginnya terhadap lelaki. Seolah-olah 'jual mahal' , Balqis seringkali menolak setiap kali ada pemuda yang ingin mengetuk pintu hatinya. Terlalu awal, katanya. Lagipun, dia hendak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya terlebih dahulu, hal inilah yang telah menjadikan salah seorang pelajar harapan sekolahnya.

    Sampainya Balqis ke kelas, dia terus mengambil tempat di mejanya. Sesi pagi ketika itu dimulakan dengan subjek Add Math, subjek kegemarannya. Bukan itu sahaja, faktor guru juga menjadi pendorong kepada minat yang mendalam terhadap subjek itu. Semua ini disebabkan guru cemerlang, Pn. Nik Nazvin yang mengajar anak-anak muridnya dengan begitu gigih dan tekun.
    
" Ok guys.I'm gonna be teaching you two chapters today because as we all know it, there's gonna be a competition at our school this upcoming Thursday. A nasheed competition if I'm not mistaken. So, during that time, all of you must go to the hall to watch the competition and give support to our school's team. But do bear in mind that this does not mean you guys can enjoy yourself.SPM is just around the corner. I'm gonna give you some homeworks for the entire week. Okay, now let's go to a new chapter...."

      Balqis dari dahulu lagi memang kagum akan kefasihan gurunya itu menuturkan bahasa "orang putih" itu. Tetapi, bukan itu yang menarik perhatiannya. Balqis lebih tertarik akan pertandingan nasyid yang akan diadakan pada minggu ini. Bukanlah menjadi kebiasaan untuk sekolahnya, sekolah menengah yang tiada aliran agama, menjadi tuan rumah untuk pertandingan-pertandingan sebegitu. Patutlah tadi dia ada melihat pentas sekolah di dewan dihiaskan dengan begitu indah. 

     Balqis sendiri tidak pernah mendengar lagu nasyid sebelum ini. Apatah lagi, lagu nasyid sekolah. Dia berpendapat bahawa lagu-lagu nasyid hanya dinikmati oleh pelajar yang mengaji aliran agama sahaja. Namun begitu, dia tidaklah berpandangan seperti kebanyakan rakan-rakannya yang mengatakan bahawa lagu-lagu sebegini kolot dan tidak menepati naluri seorang remaja yang inginkan hiburan. NO! Baginya, setiap perkara itu berbeza pada pandangan orang lain. One man's meat is another man's poison.

        " Kau mengelamun mane tu, Bell. Sampai London ke? Aiih, tahu la nak tengok Olimpik 2012 tapi takkan la sampai mengelamun macam ni. Hahaha.." tegur Zulaikha atau nama panggilannya, Ika. Ketika itu juga Balqis tersedar daripada lamunannya. Mereka sedang berjalan beriringan ke pagar sekolah setelah tamatnya sesi persekolahan. Balqis sengaja berjalan dengan sedikit perlahan untuk berbual dengan rakannya itu.

      " Ika, aku nak tanye la kau. Kau kan pakai tudung and tutup aurat semua. And, I've known you since preschool. From my point of view, kau memang gadis yang terbaik aku pernah jumpe.Tapi kan, asal aku tengok ramai je budak perempuan bertudung ni yang lagi teruk daripada perempuan tak bertudung? "

     " Kadang-kadang tu aku tengok perempuan yang tak bertudung, yang pakai dedah sini dedah sane, dioranglah yang lagi baik, sopan, beradab daripada yang kononnye 'muslimah' ni. Sebab tulah aku tak pakai tudung. Bukan sebab aku degil tak nak ikut ajaran agama, tapi aku tak nak jadi hipokrit. Betul tak, Ika? "

     " Eh, macam mane la kau boleh cakap macam tu,Bell? Kau ingat semua yang kononnya bertudung tu mendalami ke ilmu agama, mengaji habis ke? Allah tak mungkin salah Bell. Bila Dia tetapkan perintah-Nya, pasti ada 1001 hikmahnya. Cumanya, kebanyakan daripada kita mengaji yang surface je. Tak nak selam dan cari dasarnya yang mempunyai beribu-beribu permata berharga. "

     " Kau sendiri tahu aku berkawan dengan kau bukan sebab kau bertudung or tidak. Kau sentiasa ada masa aku sakit, senang, suka dan duka. Kaulah kawan baik aku yang sentiasa tolong aku. Tapi, macam mane pun, aku tetap ingin lihat kau berubah suatu hari nanti, Bell."

    Ketika itu juga, sebuah kereta Lamborghini warna kuning berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. 

       " Hmm. Takpelah, Ika. Aku tetap dengan pendrian aku. Kita sambung lain kali jelah. Aku gerak dululah ye. Jage diri elok-elok. Jangan sampai kena culik lak. Or worst kena makan dengan 'harimau-harimau' sekolah ni... Hahaha. Bye, Assalam "

     Kereta itu meluncur laju daripada pekarangan sekolah Balqis dan menuju ke rumahnya. 

      " Macam mane sekolah hari ni? Ade lagi yang kacau Qis ke? hahaha.."

     " Ish, along ni.Mane ade orang kacau Qis. Agaknye, semua dah takut nak dekati Qis kot..Yelah, selepas Qis malukan Qayyum hari tu, takde lelaki yang berani nak hantar surat-surat cinta ni kat Qis dah.Tapi bukan salah Qis pun, ade ke patut si Qayyum tu suruh Qis mengaku yang kami lovely couple and madly in love kat semua orang. Padahal, bukan kenal sangat pun. SMS pun berapa kali je, tapi sebarkan cerita tak betul kat semua orang. Haih, tak fahamlah perangai orang-orang camni. "

" Biasalah tu Qis. Along tahu sangat perangai lelaki yang macam tu. Along pun pernah lalui zaman persekolahan macam Qis juga.Tapi punishment Qis tu agak-agak la sikit. Sampai buat banner semua. Agak kejam la macam tu.  Eh, Qis, mama dengan abah kata diorang nak cakap dengan Qis. Ada hal penting kalau tak silap Along. "

" Hal penting ape Along? Ish, bikin saspens je. Takkan along tak tahu langsung? "

" Sorry, along betul-betul tak tahu. Takpelah, Along bawa kereta cepat-cepat sikit, takut mama dengan abah tunggu lama pula nanti dekat rumah. "

        Kereta Lamborghini milik Alif terus menapak ke kawasan garaj rumah. Rumah banglo tiga tingkat milik Dato' Arif dikenali dengan reka bentuknya yang menggabungkan seni tradisional dan moden. Rumah itu boleh dikategorikan sebagai sebuah rumah agam walaupun Dato' Arif sebenarnya tidak suka dengan panggilan sebegitu. Pujian sebegitu hanya akan membuat seseorang itu bertambah bongkak dan sombong sedangkan Dato' Arif merupakan seorang yang amat pemurah dan suka menderma kepada golongan fakir dan miskin.

          Namun begitu, semua itu bukanlah suatu perkara yang menghairankan kerana semuanya adalah merupakan hasil titik peluh Dato' Arif sendiri. Malah, dia bukannya seorang yang dilahirkan dalam keadaan mewah sepert sekarang. Usaha gighnya dalam pelajaran telah berjaya menjadikannya seorang doktor pakar yang masyhur di Malaysia.Malang sekali, Dato' Arif tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna ketika kecil.

        Akibat dorongan untuk berjaya dalam akademik, Dato' Arif terlalai daripada mengikuti jalan yang benar. Dia mempunyai akhlak yang baik tapi sayangnya asas agama dan imannya lemah. Disebabkan perkara itu, anak-anak Dato' Arif turut sama mengikuti jejak langkahnya. Mereka hanya tahu tentang agama mereka, tapi tahu itu jauh daripada amal.

        Daun pintu dikuak.Selepas memberi salam, Balqis mencari-cari mama dan abahnya dan akhirnya menemui mereka di ruang tamu. 

        " Mama dengan abah cari Qis ke? "

      " Duduk dulu QIs. Mama harap sangat Qis ambil serius perkara ni dan bersabar. Semua ini adalah untuk kebaikan Qis juga. "

" Ape ni? Qis tak fahamlah."

" Biar abah terangkan. Sebenarnya..."

It's not fair!
       Setelah beberapa minit Dato' Arif bercakap, Balqis menundukkan kepalanya. Titisan air mata hangat mengalir di pipi rona merah Balqis. Mamanya dengan pantas mendakapnya dan berusaha untuk menenangkannya. Di kala itu, hati Balqis keliru sama ada perlu memakai wajah 'marah' atau wajah 'sedih'. Dalam kekeliruan itulah yang menyebabkannya memberontak  dengan hasrat abahnya itu.

" Ini tak adil ! Abah dengan mama tak boleh buat Qis macam ni. Tak nak! Qis tak setuju.    I don't wanna marry some guy that I never met with, no! "     
 
 


Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk

2 comments:

Aqilah Ahmad said...

buat sendiri?
tahniah..macam penulis yg pro~
teruskan berdakwah!

khaIRul_UmmAh said...

pena itu ibarat pengukir hati.
maka berhati-hatilah mengukir hati itu
moga ukiran itu berpaksikan keimanan
bertunjangkan ketaqwaan
berbekal redha Tuhan
semoga terus thabat.

Post a Comment