Friday, December 16, 2011

Price Tag di akhirat

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. 
( Surah ali 'Imran ayat 145 )

Assalamu'alaikummussalam warahmatullah hiwabarakatuh


Salam ukhwah.
Alhamdulillah, anda sanggup bertandang ke blog saya yang
plain nie dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk
membaca entry saya kali ini.
Tetapi, adakah anda benar-benar "membaca" 
dengan erti kata lain,
membaca menggunakan minda dan mata hati anda
atau anda cuma,
memerhati tulisan-tulisan kosong di skrin 
sahaja?
Emm, sama-samalah kita menilai diri kita balik ye..


So, amir, nak tulis ape lak kali ni?
Haaa, nampak ark ayat Al-Quran kat atas tu..??
Nampak..so pehal? kau nk cakap yang kau tu hafal Al-Quran ke ape?
Haih, bukan laa..Tu pun aku bukan hafal, cume kebetulan terperasan
ayat nie mase aku tengah bace Al-Quran aritu.
Dan aku nak tanya lah readers-readers yang aku kasihi sekalian..


APA YANG KORANG CARI SEBENARNYE KAT DUNIA NI?




Mungkin ada antara kalian akan cakap begini :


"Aku kejar mardhatillah laa.. Hanya Allah yang aku perlukan kat dunie ni.. Bile ade Allah, InsyaAllah semua benda akan menjadi lebih mudah. Kan Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung?"


Alhamdulillah dan tahniah bagi sesiapa yang mungkin terlintas di mulut
mahupun di akal untuk berfikir sebegini. Bersyukurlah anda masih berada dalam
fitrah yang insyaAllah, diredhai oleh Allah Ta'ala.Tapi ingat!


" Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman." dan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta "
Surah Al-'Ankabut 29 : Ayat 2-3

Haa, jadi moral of the story jangan ingat bile dah boleh cakap camtu 
korang nie dah dikire ALIM atau WARA' sehingga tanah pun dah taknak jejak
Yelah, dah tinggi sangat kan kedudukan korang tu..

" Kadang-kadang kita merasa kita berada di atas puncak gunung dan kita nampak orang kat bawah kita tu macam semut je. Tapi, kita mungkin tak sedar yang orang kat bawah tu tak perasan malah tak sedar pun kita ada kat atas."

Bila ditimpa ujian atau musibah nanti, ingat, 
jangan salahkan takdir 
jangan salahkan diri sendiri
jangan salahkan ibu bapa
jangan salahkan guru-guru
jangan salahkan kawan-kawan
jangan salahkan ALLAH.

Allah sedang menguji kita supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya
dan supaya kita menjadi mu'min yang cemerlang imannya.
Yang indah akhlaknya,
Yang mantap akidahnya.

Sentiasalah mohon yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Tapi, jangan bersedih andai yang terbaik itu mungkin akan 
melemahkan kita dan melukakan hati kita.
Jangan berduka andai yang terbaik itu mungkin akan
menyebabkan kita dipandang lekeh oleh orang lain
dan dipersendakan oleh orang lain

kerana yang penting bukanlah kedudukan kita di mata manusia,
tetapi kedudukan kita di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.



Bagi sesiapa yang menjawab macam ni pula :

" Wey, aku nak berjaya kat hidup ni laa.. Lps SPM (yang aku taw aku akan 
dapat keputusan cemerlang tengoklah keputusan ujian2 aku sebelum nie ) , aku akan belajar
kat universiti yang berprestij.. Lepas tu, dapat pekerjaan yang menjanjikan
gaji yang tinggi-tinggi, beli rumah besar-besar, dpt bini or binis yang cantik,
anak-anak yang comel and aku nak mati dalam keadaan aku ada
banyak fulus utk anak aku jaga pula. "

Stop.
Ambil nafas dalam-dalam dulu.
Then, hembus kuat-kuat.

I know, mungkin blog atau entry2 aku nie bersifat islamik
tapi, kalau korang fikir logik pun,
and korang kaji dalam-dalam,
korang akan dapati yang,
kekayaan itu tidak menjaminkan kebahagiaan.
dan kebahagiaan itu tidak menjanjikan keberkatan.

Blog ni bukanlah dikarang untuk orang yang berjiwa islamik je..
oh no! jauh sekali dari sasaran penulis blog yang hina ini..
Blog ini dihasilkan sebagai medium untuk kita semua
tidak kiralah yang suka Islam atau membantah Islam
atau kurang bersetuju dengan hukum Islam itu sendiri,
untuk take a few steps back,
hold on to your horses,
refresh your page,
and take a time
on realizing what went wrong
or better yet, what did you do wrong
and muhasabah all over again.
May you never do the wrong mistakes again and again,
if you are strong, then you can change for the better and istiqamah,
if you are still weak in facing obstacles that may rupture your iman,
take your time and change little by little.

Memang tidak dinafikan kebanyakan daripada kita nie
kalau boleh nak hidup dalam kehidupan yang senang
supaya ibu bapa kita, anak-anak kita pun nanti boleh hidup dalam keadaan senang
malah bila kita dah kaya nanti, kalau boleh kita nak contohi sikap
Saidina Abu Bakar r.a yang menginfakkan segala harta ke arah jalan Islam,
Masya-Allah, sungguh murni matlamat dan cita-cita tu..

tapi ingatlah sahabat-sahabatku,
jangan lupa bahagian kita kat akhirat juga,
ambillah setiap peluang untuk menambahkan price tag kita kat akhirat,
Kejarlah dunia dan ambillah peluang yang terbaik untuk korang sume,
tapi kejarlah akhirat juga kerana di situ tempatnya adalah kekal abadi.


Sekian sahaja post buat kali ni,
moga-moga ini merupakan wadah 
untuk saya bagi tazkirah kepada 
diri saya juga.
Ya Allah, Kau ampunkanlah diriku
andai coretan ini hanya mengikut hati
yang sentiasa melakukan kesilapan.
Kau kurniakanlah hati ini menjadi
tawadu' dan tidak berbangga 
akan pujian daripada manusia lain.
Sekian, wassalam.

M.A.H.M.S

Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk

0 comments:

Post a Comment