Friday, December 16, 2011

Perlu ke sombong Pelajar Sekolah Agama oi?

Assalamu'alaikummussalam warahmatullah hiwabarakatuh

Salam ukhwah semua.
Apa khabar iman anda?
InsyaAllah, semakin meningkat ya...

Menongkat dagu,
Merenung ke hulu,
Hati resah seribu,
Jiwa terasa nyilu.
Lagu sang perindu,
Menantikan idaman kalbu,
Fizikalnya mungkin lesu,
Rindunya tetap teguh.

Hehe..sekadar bermadah je..nk cube try bernada puitis.
bukanlah diri ni pandai dan terer pun dalam bab-bab romantis cmni.
Almaklumlah, dengar bait-bait ni pun drpd member-member yg suke sangat bace buku novel cinta. tak kisah laa cinta lagho ke cinta islamik ke..


Apa-apapun, itu bukanlah topik yang aku nak coretkan kali ni. 
Sebenarnya, hamba yang da'if ini telah lama menyimpan hasrat.
Hajat yang entah bila akan dipenuhkan dan dikotakan, hanya Dia yang tahu.

"Waaa, macam besar je hajat k0 tu.. Cer cite sikit ape die?"
"Hang dok wat saspens pa Amir.. Cita ja laa. Hang ingat kami ni ada banyak masa sangat ka nak tunggu hang pukul sekeliling bush (beat around the bush).."

Ok, ok..sabar dulu brader.. All good things has its time. haha..
Tak mungkin aku akan citekan kat sini, mungkin nanti je kot..sori laa ekk.
Tetapi, apa yang aku nak habaq kat ampa suma ialah,
aku nak cerita tentang MASALAH PELAJAR AGAMA.

InsyaAllah, aku akan singkapkan hanya sedikit masalah yang aku, selaku salah seorang penuntut di sekolah agama x pyh la aku sebut nme skolah aku, korg twu dh kot ,nampak kat pelajar-pelajar agama ni. 
Tapi, ini hanyalah pandangan tulus ikhlas dan insyaAllah, sekadar muhasabah dan teguran buat semua, termasuk diriku yang sentiasa buat salah dan silap nie.

Kalau sahabat-sahabat aku kat KI, mungkin ada yang dah sedar akan perkara yang akan aku perkatakan nie dan mungkin ada juga yang baru nak sedar.
Tak kisahlah, yagn penting kita ambil ibrah dan kita jadikan pengajaran.

"Nie sedikit pesanan drpd along, nanti kalau
kat U nanti.. Klu jumpa senior, tegoqlah depa, senyum sikit
kalau boleh sembang skit2 ngan depa. Jangan
dok wat sombong ja mentang-mentang dah besaq
and takdak org kawal kita dah"

Nilah sedikit pesanan daripada abang aku yang terhormat beberapa minit yang lepas masa post nie sdg dikarang.
Currently, he's studying medic at University of Alexandria.
So, terima kasih Along! ad gak ilham nak tulis.
Nak tawu kenape abang aku bagi teguran camtu?
Of cos la ade kne-mngne ngan topik aku.
Beliau bagi teguran camtu disebabkan perasaan keciwanya terhadap 
sorang hamba Allah nie yg pernah menuntut di sekolah agama.
Malang sekali, dia nie jarang nak bertegur sapa dengan senior.
Abang aku pun bagilah nasihat awal-awal spya aku tak jadi cmtu nanti.

Jadi apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni?
Sebenarnya, kita semua maklum pelajar-pelajar agama ni ada kelebihan dalam ilmu-ilmu agama,
walaupun aku akui kami ni jauh lagi sebelum bergelar orang yg benar-benar faqih dalam ilmu-ilmu agama yang kami peroleh.
Namun, pepatah Arab ada mengatakan,

" Ilmu tanpa amal itu diibaratkan
seperti pokok yang tidak berbuah"

Ambil contoh mcm situasi abang aku tu laa,
Hanya disebabkan tidak bertegur sapa, perasaan hormat kpd pelajar
agama nie jatuh sedikit demi sedikit.
Hatta boleh jadi, perasaan meluat hadir dalam diri org lain. 
Bukannya apa-apa, aku sedar saat seorang pelajar agama nie keluar
daripada tempat dia menuntut, dia punyai amanah utk sebarkan dan 
praktikkan ilmu yang telah dia belajar.

Apa ertinya belajar agama tinggi-tinggi kalau taknak tegur orang lain yang mungkin bukan daripada sekolah agama?
Apa ertinya belajar agama tinggi-tinggi kalau orang yang sering melakukan maksiat disisihkan malah dikeji begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan?
Apa ertinya belajar agama tinggi-tinggi kalau kita hapuskan ikatan mesra dan tali persaudaraan dengan saudara seIslam kita?

Hadis Rasulullah s.a.w

" Barangsiapa yang melihat kemungkaran berlaku, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jikalau tidak mampu ubahlah dengan lisan (nasihat dan teguran), jikalau tidak mampu ubahlah dengan hati. Sungguh itu adalah selemah-lemah iman"

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku yang pernah bergelar pelajar sekolah agama,
Jangan dibiarkan sahaja sahabat-sahabat yang lain terjerumus dalam lembah maksiat.
Jangan berlagak sombong dengan ilmu dan status kita hingga orang yang mungkin masih jahil dalam ilmu agama kita abaikan dan kita ketepikan dia.


Dekati mereka.
Kenali mereka.
Bimbing dan pimpinlah mereka.
Tapi, ingat!
Jangan sekali-kali abaikan prinsip dan niat sebenar kita!


Selalunya, penyakit pelajar agama ni,
Suka sangat menilai terlebih nilai pulak tu orang yang baru dikenalnya,
yang mungkin melakukan maksiat terang-terangan,
Jangan ingat ilmu antum tu dah cukup utk antum digelar alim,
oh jauh sekali sahabatku. tarik nafas dan hembus perlahan-lahan
tapi, Islam mengajar kita sahabat-sahabat sekalian,
Islam mendidik kita utk menegur dan berdakwah dengan tiga cara :-


1. Teguran yang berhikmah
2. Contoh teladan yang baik
3. Berdebat dengan cara yang baik


Aku harap sangat-sangat laa korang/antum sume dpt 
ubah cara pemikiran korang/antum tu, k?


" Alah Amir tu. Cakap je pandai.. Ntah2 die pun cmtu jugak..
Hipokrit r.. "

Betul, aku akui aku pernah jadi camtu,
Tapi syukur Alhamdulillah aku telah dipertemukan dengan
sahabat yang benar-benar telah mengubah persepsiku selamanya,
dan InsyaAllah, coretan nie sebagai muhasabah kpd diriku
utk sentiasa berfikiran positif tentang hidayah Allah.

Akhir kalam, ayuh bangkit tulang belakang ummah,
kita tegakkan kebenaran.


Moga nukilan kali ini       
tidak hanya menjadi omong     
kosong buat diriku yang serba kekurangan ini.
Ya Allah, Ya Wahhab, Kau Ampunilah dosaku
Moga-moga hati ini yang lebih terasa teguran ini
dan lantas segera melakukan kebaikan.

Salam muhasabah,
M.A.H.M.S 


Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk

0 comments:

Post a Comment