Wednesday, December 14, 2011

Reset.. (Syukur)

Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Salam ukhwah fillah

               Alhamdulillah, tamat gak Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Dan alhamdulillah gak, aku selamat sampai ke rumah sewa ayah aku Jadi, bermulalah kehidupanku setelah melangkah keluar daripada alam persekolahan. InsyaAllah, aku akan teruskan menulis blog ni walaupun aku x seistiqamah mne nk tulis sbb aku amat meminati penulisan.Cara inilah satu-satunya wadah utk aku mengisi masa lapang yg aku ade dan dpt memuhasabahkan diriku dan InsyaAllah, para pembaca sekalian.

" Ana akhukum fil Islam wa InsyaAllah ana ahabbukum lillah.
  (Saya saudara seIslam kamu dan InsyaAllah saya sayang kamu semua kerana Allah)
  Ismi (nama saya) Muhammad Amir Hafiz bin Mohd Salleh.
 Saya tinggal di bilik B*** dan rumah Ali.
 Saya dahulu bersekolah di SMKA  *********.
 Saya tinggal di Pulau Pinang. Selamat berkenalan! "

Ungkapan yg cukup jelas sejak akhir-akhir ni.
Ungkapan yg menggetarkan hati ini setiap kali ianya melintas benak fikiranku.
Nilah kata-kata ta'aruf atau perkenalan yg aku lafazkan awal tahun lepas. Sungguh bermakna dapat mengeluarkan kalam nie. Saat senior suruh hafal lima perkara nie, kiteorg/kmi sume rse terbeban, leceh dan segala kata2 yg menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri kiteorg/kmi.

" Ape r abg * tu! Pakse2 kite hafal bnde2 cmni.. Tak berfaedah langsung.. Nanti lupe gak.. 
Menyampah gile aku.. Malas r aku nak hafal. Hafal name bleh r,
tu pun nme panggilan je...klu full name tu noooo
sori r!!! hahaha "
Nie r salah satu ungkapan sebahagian daripada sahabat2 aku time awal2 dlu. Aku pun tak pasti nak kate ape mase tu. Xkn nk kte : " Hang apa taw?! Depa tu dah dok 2 ta0n kt sini. Hang tu?! Baru masuk, dok nak wat pala. Wei, kalau setakat pandangan hang yang kononnya ' jauh ke hadapan ' tu, toksah dok wat leceh la. Benda tu Allah dah suruh kita wat. Dia hadirkan hidayah kat abang2 tu utk peringatkan kita balik. Cubalah terima. " 

 Haih, berat hati aku utk menghamburkan kata2 tegas cmtu. Dahlah bru je berkenalan. Silap-silap, aku pula yang dibencinya. Kan aku dah putuskan tali persaudaraan sebelum ukhuwwah tu kembang mekar dulu?

Takpelah.Aku hanya mampu tersengih dan husnu dzan ngan sahabat aku sorang ni. As time went by, aku perasan perubahan kat sahabat nie.

DULU dok sorang2.
DULU kawan ngan budak2 yg agak nakal je.
DULU dengar lagu-lagu melalaikan,
DULU liat sangat nak turun dengar tazkirah. klu turun pun, sbb senior2 pkse je.

Tapi....

SEKARANG duduk dalam jemaah.
SEKARANG lebih habiskan masa  ngan budak2 baik.
SEKARANG dengar lagu-lagu nasyid dan zikir pulak.
SEKARANG berdamping dgn buku islamik dan ilmiah je.

Dan Alhamdulillah, sebelum aku berangkat nk balik rumah buat kali terakhir hari tu, aku sempat bertanye kt die tntg sebab perubahan die. dan nilah jawapan sang hamba.

"Aku bukannye ape Mir. Sejak aku masuk KI nilah aku dapat sahabat-sahabat yang dapat mengajak aku beribadah kepada ALLAH. Sahabat yang buat pertama kalinye, ade mase aku senang dan ade mase aku susah. Mase aku hampir jatuh ke lembah kesesatan dan kemaksiatan, diorang hulurkan tangan nak tolong malah pegang erat setelah selamatkanku tanda diorg kasih akan aku. Aku ingat g first time aku buat solat tahajjud. Pukul 3 pagi, aku cuba bangun daripada tidur. Aku turun gak kt musolla Saidina Ali. Gelap. Xde sape2 pun mase tu. Hanya aku dan ALLAH. Dan mase sujud terakhir tu, ALLAH telah ilhamkan kepadaku sampai buat aku terfikir,

Kalaulah mase kt padang mahsyar nanti, mcm mane nasib aku? Cukupkah amalanku?     
Mase ditentukan aku masuk syurga atau neraka nanti, mane akanku duduk
buat selama-lamanya? Kawan-kawan aku dah dapat cium bau syurga,
mengapa aku tak ambil peluang yang ada?
Diorg dah hulurkan tangan nak pimpin 
aku masuk syurga, knape aku 
masih nk menepisnya?

 
 Aku menangis. Aku menangis sepuas-puasnya. Suasana sepi malam tu dipenuhi dgn esakan seorang hamba yang amat mengharapkan keampunan pemilik nyawanya. Merintih, merayu mengharapkan Allah 'Azza wa jalla menerima taubatnya. Suara keinsafan hadir dalam diri aku, meminta aku kembali ke jalan yang diredai-Nya. Aku takkan lupakan semua tu, Mir. Semua nie sbb korang sume. Terima kasih."

Alhamdulillah, subhanallah. Segala pujian ku tujukan hanya untuk-Mu Ya Rabb. Engkau datangkan hidayah daripada arah yang tidak disangka-sangka. Tak terduga dek akal fikiranku, hanya disebabkan perkenalan ngan sahabat2 KI un, sahabat aku yang sorg nie boleh berubah cmtu je. Subhanallah.

Ape aku nk kate kt sni bukanlah utk aku mengagung-agungkan tempat aku menadah ilmu tu, bukan juga aku nak mendoktrinkan fikiran pembaca bahawa kami semua adalah se'baik' malaikat yg korg/antum sume pikirkan tu. Tidak sama sekali! Setiap manusia itu ada kelemahannya. Selagi dinamakan manusia, selagi itulah kita punyai nafsu.

Syukur. Itulah ungkapan yang aku nak ketengahkan dalam post kali nie. Sungguh mudah kita nak lafazkan di bibir, tapi yakinkah kita boleh praktikkan selalu bahkan pada setiap masa dalam hidup kita? Aku ajak kita semua agar bermuhasabah balik.
Kpd sahabat KI, syukurlah antum diberi peluang utk menjejakkan kai ke tempat yang menyediakan laluan utk antum berjaya dunia dan akhirat. Kpd sahabt2 yang lain, syukurlah korang masih diberikan peluang oleh Allah utk bernafas dan masih lagi berada dalam agama ISLAM.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13 :

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."

InsyaAllah, sama-sama kita menghargai satu pertemuan dan perpisahan itu. Apa-apapun yang terjadi, kita ini adalah milik Allah, dan hanya kepada-Nya sahajlah kita dikembalikan.

Itu sahaja muhasabah buat kali ini,
Aku ucapkan terima kasih kpd sape2 yg sudi membace.
Aku sudahi dgn lafaz,
Wassalam.

M.A.H.M.S
 

 

Ya Tawwab, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk

1 comments:

Putra Helmi said...

wahh, ambe terasa dengan entry mung ni sangat touching ambe nak berterima kasih ke mung Amir, aku mendoakan mung berjaya di dunia dan akhirat!

Post a Comment